TAYAMUM ( التيمم)
Friday, 19 December 2014
SUNAT-SUNAT TAYAMUM
1. SUNAT WUDUK
Semua perkara disunatkan ketika berwuduk adalah juga disunatkan ketika bertayamum.
2. MENGEMBANGKAN JARI
Membuka atau mengembangkan jari-jari ketika menepuk tanah supaya debu melekat secara menyeluruh dan boleh menyapu muka kesemuanya dengan sekali tepukan. Begitu juga ketika menyapu kedua-dua tangan.
3. MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN
Mengurangkan debu yang ditepuk pada kedua-dua belah tangan dengan menepuk kedua-dua tapak tangan atau meniupnya dengan perlahan.
4. BERTURUT-TURUT
Berturut-turut dalam menyapu anggota tayamum.
5. SEGERAKAN SOLAT
Bersegera menunaikan solat selepas tayamum, untuk keluar daripada khilaf, kerana mazhab Maliki mewajibkannya.
6. TIDAK ANGKAT TANGAN
Tidak angkat tangan ketika menyapu debu ke anggota tayamum sehinggalah selesai sapuan, untuk keluar daripada khilaf bagi mereka yang mewajibkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)