Wednesday, 17 December 2014

PENGENALAN: DI SEBALIK DEBU KEHINAAN, ADA KELEBIHAN

Tanah yang kita pijak setiap hari adalah simbol kehinaan dan kerendahan di mata kita. Debu yang berterbangan sangat menyusahkan kerana ia menyebabkan perabot kotor dan terjejas.Demikian gambaran kedudukan debu dan tanah yang berada disekeliling kita. Kerana itu, apabila allah SWT mensyariatkan tayamum menggunakan debu sebagai ganti air, ia adalah satu tarbih Allah SWT terhadap hamba-hambaNya supaya sentiasa sedar kedudukan mereka.

Dalam keadaan biasa, tiada sesiapa pun yang berfikiran waras akan meletakkan tanah ke mukanya. Tetapi, tanah yang hina ini terpaksa diletakkan di muka dan tangan yang mulia demi mematuhi arahan Allah SWT. Ia juga sebagai peringatan bahawa setinggi mana pun darjat kedudukan dan betapa banyak harta kekayaan, kita semua berasal daripada tanah yang hina juga.

Oleh itu, insaflah diri dan jangan sekali-kali melampaui batas ketetapan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment