Thursday, 18 December 2014

PENSYARIATAN

TARIKH PENSYARIATAN
Tayamum ini disyariatkan ketika peperangan Bani al-Mustoliq ( Bani al-Muraisi' ) pada tahun ke-6 Hijrah di mana Aisyah r.ha. kehilangan kalungnya. Sehinggalah masuk waktu solat sedangkan mereka tidak mempunyai air untuk berwuduk, lalu turunlah ayat yang mengharuskan tayamum.

DALIL PENSYARIATAN

AL-QURAN
Firman Allah dalam Surah al-Ma'idah:
 وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
Maksudnya: Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam keadaan musafir, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau  kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.
(Surah al-Ma'idah 5:6)

Ayat ini menunjukkan bahawa tayamum adalah satu fardu untuk menggantikan basuhan dengan air.

AL-HADIS
وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً ثُمَّ مَسَحَ اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم ٍ
Ammar Ibnu Yassir Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengutusku untuk suatu keperluan lalu aku junub dan tidak mendapatkan air maka aku bergulingan di atas tanah seperti yang dilakukan binatang kemudian aku mendatangi Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan menceritakan hal itu padanya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "sesungguhnya engkau cukup degnan kedua belah tanganmu begini." Lalu beliau menepuk tanah sekali kemudian mengusapkan tangan kirinya atas tangan kanannya punggung kedua telapak tangan dan wajahnya. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.

IJMAK
Sepakat (Ijmak) seluruh ulama bahawa tayamum itu disyariatkan sebagai peganti  kepada wuduk dan mandi wajib dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti ketiadaan air atau penggunannya memudaratkan. 
Kini debu tayamum boleh didapati dalam pasaran dan lebih
bersih untuk digunakan kerana sudah disteril.



Keharusan bertayamum berterusan sehingga sebab yang menghalang penggunaan air itu dihilangkan, seperti mendapat air atau sembuh daripada penyakit yang tidak boleh menggunakan air.




No comments:

Post a Comment