Friday, 19 December 2014

RUKUN TAYAMUM


RUKUN 1 - BERNIAT KETIKA MENYAPU MUKA
BERNIAT UNTUK MENGHARUSKAN SOLAT ATAU YANG SEUMPAMA DENGANNYA.
Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

RUKUN 2 - MENYAPU SELURUH WAJAH DENGAN DEBU
MEMADAI MENYAPU ZAHIR MUKA TANPA PERLU MEMASTIKAN SAMPAI DEBU SELURUH MUKA. 


RUKUN 3 - MENYAPU HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU
Sekurang-kurangnya tayamum itu adalah dengan dua tepukan.
Tepukan pertama untuk menyapu muka dan tepukan kedua untuk tangan hingga kesiku. 

RUKUN 4 - TERTIB
MENDAHULUKAN MENYAPU MUKA DARIPADA TANGAN, SAMA ADA UNTUK HADAS BESAR ATAU KECIL.
Ini kerana Tayamum menggantikan  wuduk dan tertib yang merupakan rukunnya. Oleh itu,  lebih utama ia  menjadi rukun kepada penggantinya. Dalam Surah  al-Ma'idah ayat 6, Allah SWT menyebutkan muka terlebih dahulu daripada tangan, iaitu:
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
Maksudnya: Maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah-debu itu. 
(Surah al-Ma'idah 5:6)





2 comments: