Thursday, 18 December 2014

HUKUM

SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM
1. TIADA AIR
KETIADAAN AIR UNTUK MENGANGKAT HADAS.


Berdasarkan kepada firman Allah SWT:
فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
Maksudnya: Sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi).                                                                        (Surah al-Ma'idah, 5:6)

2. AIR TIDAK CUKUP
JIKA TIDAK MEMPUNYAI AIR YANG MENCUKUPI UNTUK WUDUK ATAU MANDI JUNUB, BOLEH BERWUDUK ATAU MANDI DENGAN AIR TERSEBUT DAN BASUH ANGGOTA YANG DAPAT AIR TERSEBUT.
Kemudian hendaklah bertayamum untuk bahagian-bahagian yang tidak terkena air. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا الَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu...                             
(Surah al-Taghabun 64:16)

3. CUACA TERLALU DINGIN
CUACA YANG ADA TERLALU DINGIN DAN PENGGUNAAN AIR MUNGKIN BOLEH MEMUDARATKAN SERTA IA TIDAK DAPAT DIPANASKAN.

4. LUKA ATAU SAKIT
LUKA ATAU SAKIT YANG MENJADI MUDARAT APABILA TERKENA AIR.
Jika yang berhadas itu luka atau sakit dan penggunaan air hanya akan menambahkan penderitaannya atau menyebabkan luka atau penyakitnya lambat sembuh, dia boleh bertayamum untuk wuduk atau mandi wajib. 

5. TERHALANG KERANA BAHAYA
SESEORANG TERHALANG KERANA BIMBANGKAN KESELAMATAN DAN KEHORMATAN DIRI.
Jika seseorang itu terhalang daripada mendapat air  kerana adanya musuh, binatang buas, ribut atau kerana bimbangkan keselamatan diri dan kehormatannya, atau kerana sakit yang menyebabkannya tidak boleh bergerak untuk mendapatkan air, hukumnya adalah sama dengan orang yang tidak mempunyai air dan boleh bertayamum. 

6. AIR CUKUP UNTUK MINUM SAHAJA

AIR HANYA CUKUP UNTUK MINUMANNYA DAN TERNAKANNYA.
Jika seseorang itu  hanya mempunyai air yang sedikit untuk minumnya dan haiwan-haiwannya, dan jika digunakan untuk mengangkat hadas, dia dan haiwan-haiwannya mungkin mati kehausan. Dalam keadaan ini dia dibolehkan bertayamum.
Begitu juga jika seseorang itu mempunyai air yang tidak mencukupi atau penggunaan air boleh memudaratkannya untuk membersihkan najis di tubuh atau pakaiannya, diharuskan ia bertayamum dan bersolat. Tetapi dia hendaklah mengqada kembali solat tersebut.

Fuqaha telah sepakat mengharuskan tayamum untuk orang yang sakit dan musafir yang ketiadaan air. 

No comments:

Post a Comment