Friday, 19 December 2014
SUNAT-SUNAT TAYAMUM
1. SUNAT WUDUK
Semua perkara disunatkan ketika berwuduk adalah juga disunatkan ketika bertayamum.
2. MENGEMBANGKAN JARI
Membuka atau mengembangkan jari-jari ketika menepuk tanah supaya debu melekat secara menyeluruh dan boleh menyapu muka kesemuanya dengan sekali tepukan. Begitu juga ketika menyapu kedua-dua tangan.
3. MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN
Mengurangkan debu yang ditepuk pada kedua-dua belah tangan dengan menepuk kedua-dua tapak tangan atau meniupnya dengan perlahan.
4. BERTURUT-TURUT
Berturut-turut dalam menyapu anggota tayamum.
5. SEGERAKAN SOLAT
Bersegera menunaikan solat selepas tayamum, untuk keluar daripada khilaf, kerana mazhab Maliki mewajibkannya.
6. TIDAK ANGKAT TANGAN
Tidak angkat tangan ketika menyapu debu ke anggota tayamum sehinggalah selesai sapuan, untuk keluar daripada khilaf bagi mereka yang mewajibkannya.
RUKUN TAYAMUM
RUKUN 1 - BERNIAT KETIKA MENYAPU MUKA
BERNIAT UNTUK MENGHARUSKAN SOLAT ATAU YANG SEUMPAMA DENGANNYA.
Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”
RUKUN 2 - MENYAPU SELURUH WAJAH DENGAN DEBU
MEMADAI MENYAPU ZAHIR MUKA TANPA PERLU MEMASTIKAN SAMPAI DEBU SELURUH MUKA.
RUKUN 3 - MENYAPU HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU
Sekurang-kurangnya tayamum itu adalah dengan dua tepukan.
Tepukan pertama untuk menyapu muka dan tepukan kedua untuk tangan hingga kesiku.
RUKUN 4 - TERTIB
MENDAHULUKAN MENYAPU MUKA DARIPADA TANGAN, SAMA ADA UNTUK HADAS BESAR ATAU KECIL.
Ini kerana Tayamum menggantikan wuduk dan tertib yang merupakan rukunnya. Oleh itu, lebih utama ia menjadi rukun kepada penggantinya. Dalam Surah al-Ma'idah ayat 6, Allah SWT menyebutkan muka terlebih dahulu daripada tangan, iaitu:
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
Maksudnya: Maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah-debu itu.
(Surah al-Ma'idah 5:6)
Thursday, 18 December 2014
HUKUM
SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM
1. TIADA AIRKETIADAAN AIR UNTUK MENGANGKAT HADAS.
Berdasarkan kepada firman Allah SWT:
فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
Maksudnya: Sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi). (Surah al-Ma'idah, 5:6)
JIKA TIDAK MEMPUNYAI AIR YANG MENCUKUPI UNTUK WUDUK ATAU MANDI JUNUB, BOLEH BERWUDUK ATAU MANDI DENGAN AIR TERSEBUT DAN BASUH ANGGOTA YANG DAPAT AIR TERSEBUT.
Kemudian hendaklah bertayamum untuk bahagian-bahagian yang tidak terkena air. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَاتَّقُوا الَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu...
(Surah al-Taghabun 64:16)
CUACA YANG ADA TERLALU DINGIN DAN PENGGUNAAN AIR MUNGKIN BOLEH MEMUDARATKAN SERTA IA TIDAK DAPAT DIPANASKAN.
4. LUKA ATAU SAKIT
LUKA ATAU SAKIT YANG MENJADI MUDARAT APABILA TERKENA AIR.
Jika yang berhadas itu luka atau sakit dan penggunaan air hanya akan menambahkan penderitaannya atau menyebabkan luka atau penyakitnya lambat sembuh, dia boleh bertayamum untuk wuduk atau mandi wajib.
SESEORANG TERHALANG KERANA BIMBANGKAN KESELAMATAN DAN KEHORMATAN DIRI.
Jika seseorang itu terhalang daripada mendapat air kerana adanya musuh, binatang buas, ribut atau kerana bimbangkan keselamatan diri dan kehormatannya, atau kerana sakit yang menyebabkannya tidak boleh bergerak untuk mendapatkan air, hukumnya adalah sama dengan orang yang tidak mempunyai air dan boleh bertayamum.
AIR HANYA CUKUP UNTUK MINUMANNYA DAN TERNAKANNYA.
Jika seseorang itu hanya mempunyai air yang sedikit untuk minumnya dan haiwan-haiwannya, dan jika digunakan untuk mengangkat hadas, dia dan haiwan-haiwannya mungkin mati kehausan. Dalam keadaan ini dia dibolehkan bertayamum.
Begitu juga jika seseorang itu mempunyai air yang tidak mencukupi atau penggunaan air boleh memudaratkannya untuk membersihkan najis di tubuh atau pakaiannya, diharuskan ia bertayamum dan bersolat. Tetapi dia hendaklah mengqada kembali solat tersebut.
Fuqaha telah sepakat mengharuskan tayamum untuk orang yang sakit dan musafir yang ketiadaan air.
PENSYARIATAN
TARIKH PENSYARIATAN
Tayamum ini disyariatkan ketika peperangan Bani al-Mustoliq ( Bani al-Muraisi' ) pada tahun ke-6 Hijrah di mana Aisyah r.ha. kehilangan kalungnya. Sehinggalah masuk waktu solat sedangkan mereka tidak mempunyai air untuk berwuduk, lalu turunlah ayat yang mengharuskan tayamum.
DALIL PENSYARIATAN
AL-QURAN
Firman Allah dalam Surah al-Ma'idah:
AL-HADIS
وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً ثُمَّ مَسَحَ اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم ٍ
Ammar Ibnu Yassir Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengutusku untuk suatu keperluan lalu aku junub dan tidak mendapatkan air maka aku bergulingan di atas tanah seperti yang dilakukan binatang kemudian aku mendatangi Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan menceritakan hal itu padanya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "sesungguhnya engkau cukup degnan kedua belah tanganmu begini." Lalu beliau menepuk tanah sekali kemudian mengusapkan tangan kirinya atas tangan kanannya punggung kedua telapak tangan dan wajahnya. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.
IJMAK
Sepakat (Ijmak) seluruh ulama bahawa tayamum itu disyariatkan sebagai peganti kepada wuduk dan mandi wajib dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti ketiadaan air atau penggunannya memudaratkan.
Keharusan bertayamum berterusan sehingga sebab yang menghalang penggunaan air itu dihilangkan, seperti mendapat air atau sembuh daripada penyakit yang tidak boleh menggunakan air.

وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
Maksudnya: Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam keadaan musafir, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.
(Surah al-Ma'idah 5:6)
Ayat ini menunjukkan bahawa tayamum adalah satu fardu untuk menggantikan basuhan dengan air.
وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً ثُمَّ مَسَحَ اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم ٍ
Ammar Ibnu Yassir Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengutusku untuk suatu keperluan lalu aku junub dan tidak mendapatkan air maka aku bergulingan di atas tanah seperti yang dilakukan binatang kemudian aku mendatangi Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan menceritakan hal itu padanya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "sesungguhnya engkau cukup degnan kedua belah tanganmu begini." Lalu beliau menepuk tanah sekali kemudian mengusapkan tangan kirinya atas tangan kanannya punggung kedua telapak tangan dan wajahnya. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.
IJMAK
Sepakat (Ijmak) seluruh ulama bahawa tayamum itu disyariatkan sebagai peganti kepada wuduk dan mandi wajib dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti ketiadaan air atau penggunannya memudaratkan.
Kini debu tayamum boleh didapati dalam pasaran dan lebih bersih untuk digunakan kerana sudah disteril. |
Keharusan bertayamum berterusan sehingga sebab yang menghalang penggunaan air itu dihilangkan, seperti mendapat air atau sembuh daripada penyakit yang tidak boleh menggunakan air.
TAKRIF
BAHASA
Tayammum menurut bahasa istilah, Qasad atau maksud atau sengaja seperti firman Allah dalam ayat 267 Surah al-Baqarah:
وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya.
(Surah al-Baqarah, 2:267)
SYARAK
Menyampaikan tanah ke muka dan tangan sebagai ganti kepada wuduk atau mandi atau anggota kedua-duanya, dengan syarat-syarat yang khusus.
Wednesday, 17 December 2014
PENGENALAN: DI SEBALIK DEBU KEHINAAN, ADA KELEBIHAN
Tanah yang kita pijak setiap hari adalah simbol kehinaan dan kerendahan di mata kita. Debu yang berterbangan sangat menyusahkan kerana ia menyebabkan perabot kotor dan terjejas.Demikian gambaran kedudukan debu dan tanah yang berada disekeliling kita. Kerana itu, apabila allah SWT mensyariatkan tayamum menggunakan debu sebagai ganti air, ia adalah satu tarbih Allah SWT terhadap hamba-hambaNya supaya sentiasa sedar kedudukan mereka.
Dalam keadaan biasa, tiada sesiapa pun yang berfikiran waras akan meletakkan tanah ke mukanya. Tetapi, tanah yang hina ini terpaksa diletakkan di muka dan tangan yang mulia demi mematuhi arahan Allah SWT. Ia juga sebagai peringatan bahawa setinggi mana pun darjat kedudukan dan betapa banyak harta kekayaan, kita semua berasal daripada tanah yang hina juga.
Oleh itu, insaflah diri dan jangan sekali-kali melampaui batas ketetapan Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)